Sunday, January 13, 2019

Cinta Allah Cinta Abadi


Cinta Allah Cinta Abadi




Hanya cinta kepada Allah swt yang boleh
Menggetarkan hatimu
Kerana cinta yang ada di hatimu
Hanya cinta kepada Allah
Cintamu kepada dunia dengan sendirinya
Menjadi kerdil dan lenyap
~Dari Ibn Athaillah~



Jika rasa rindu kepada Allah S.W.T menusuk hatimu,
Kamu akan merana hingga kamu tidak merana lagi
Ketika memikirkan makhluk lain.
Jika kamu tidak akan sibuk memikirkan Allah swt,
Kamu tidak akan sibuk nemikirkan yang lain.


Yakinlah...
Cinta dunia bukanlah segala-galanya.
Kehilangan cinta seperti kehilangan segala-galanya.
Mencintai makhluk senang dijumpai dan mudah berpisah.


Hanya cinta kepada Allah sahaja tidak.
Hanya cinta kepada Allah adalah abadi.

Saturday, January 5, 2019

HELWANIS

4 Januari 2019



Assalamualaikum, pada setiap hari Jumaat Persatuan Sahabat As-Sufi mengadakan program Helwanis yang terbuka kepada semua warga muslimat KMS. Pada 4 Januari 2019, program ini dikendalikan oleh Ustazah Mardhiah dengan tajuk "Penyakit-Penyakit Lidah". Ketahuilah bahawa bahaya lidah sangat besar. Lidah tidak ada keselamatan daripadanya kecuali dengan diam. Rasulullah s.a.w memuji diam dan menganjurkannya. Rasulullah  s.a.w bersabda; "Barangsiapa diam, maka dia selamat. Baginda juga bersabda bahawa, "Diam itu hikmah dan sedikit pelakunya". Antara penyakit-penyakit lidah yang dibincangkan oleh Ustazah Mardhiah ialah;

  • Berbicara tentang sesuatu yang tidak penting bagimu
  • Pembicaraan yang berlebih, iaitu kamu mengulangi apa yang tidak ada manfaat dalam pengulangannya atau bercerita dengan tambahan kalimah-kalimah yang tidak diperlukan
  • Berbicara tentang kebatilan dan kemaksiatan
  • Berbantah dan berbahas
  • Bertengkar 

Sebenarnya terdapat 20 penyakit-penyakit lidah dan diatas adalah diantaranya. Dibawah kami sertakan gambar ketika program ini diadakan.











20 SIFAT WAJIB BAGI ALLAH S.W.T.



Semoga bermanfaat kepada pembaca :)