Saturday, January 5, 2019

HELWANIS

4 Januari 2019



Assalamualaikum, pada setiap hari Jumaat Persatuan Sahabat As-Sufi mengadakan program Helwanis yang terbuka kepada semua warga muslimat KMS. Pada 4 Januari 2019, program ini dikendalikan oleh Ustazah Mardhiah dengan tajuk "Penyakit-Penyakit Lidah". Ketahuilah bahawa bahaya lidah sangat besar. Lidah tidak ada keselamatan daripadanya kecuali dengan diam. Rasulullah s.a.w memuji diam dan menganjurkannya. Rasulullah  s.a.w bersabda; "Barangsiapa diam, maka dia selamat. Baginda juga bersabda bahawa, "Diam itu hikmah dan sedikit pelakunya". Antara penyakit-penyakit lidah yang dibincangkan oleh Ustazah Mardhiah ialah;

  • Berbicara tentang sesuatu yang tidak penting bagimu
  • Pembicaraan yang berlebih, iaitu kamu mengulangi apa yang tidak ada manfaat dalam pengulangannya atau bercerita dengan tambahan kalimah-kalimah yang tidak diperlukan
  • Berbicara tentang kebatilan dan kemaksiatan
  • Berbantah dan berbahas
  • Bertengkar 

Sebenarnya terdapat 20 penyakit-penyakit lidah dan diatas adalah diantaranya. Dibawah kami sertakan gambar ketika program ini diadakan.











No comments:

Post a Comment