Saturday, December 29, 2018

KEAJAIBAN YANG BERLAKU APABILA NABI MUHAMMAD S.A.W DILAHIRKAN


*Sebelum Rasulullah S.A.W. dilahirkan*

🍃Kehamilan Siti Aminah disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya melalui mimpi ketika beliau sedang tidur. Kemudian para malaikat berdiri di hadapannya dan berkata "Khabar gembira untuk kamu, wahai ibu kepada seorang nabi, putera kamu ini penolong dan pembebas manusia, namakan dia Ahmad.''
 🍃Ketika mengandungkan Nabi Muhammad, ibunya tidak berasa sakit seperti ibu-ibu lain yang sedang mengandung.
🍃Tanah-tanah di persekitaran kawasan rumah ibunya yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat.


*Semasa Rasulullah S.A.W. dilahirkan*

🍃Ibu Nabi Muhammad menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.
🍃Semasa kelahirannya juga baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Nabi Muhammad yang mulia itu juga lahir dalam keadaan sudah berkhatan dan tidak mempunyai lebihan tali pusat. (dalil)
🍃Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba rosak dan musnah. Riwayat daripada Abdul Muttalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: "Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui." 
🍃Gegaran di istana Kisra (Parsi) menyebabkannya 14 tiang serinya runtuh. Raja Kisra memanggil ahli nujumnya untuk meramalkan apa yang telah terjadi. Mereka memberitahu telah lahir seorang nabi dan runtuhnya 14 tiang itu menandakan hanya tinggal 14 orang lagi pewaris raja yang akan memerintah Parsi. Akan tetapi raja Kisra mengambil remeh kerana 14 keturunan itu dianggap suatu tempoh yang masih panjang. Umat Islam dilarang untuk mempercayai ramalan itu kerana sebelum kelahiran nabi Muhammad S.A.W, peramal menggunakan khidmat syaitan untuk mencuri berita dari langit. Akan tetapi dengan kuasa Allah, terjadinya perebutan kuasa di kalangan pewaris Kisra sehingga mereka berbunuh sesama sendiri dan dalam masa 4 tahun sahaja, 10 pemerintah telah bertukar ganti. Pemerintah yang terakhir telah mati ketika kaum muslimin menakluk Parsi di bawah pemeritahan Umar R.A.
🍃Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang dikatakan tidak pernah padam selama seribu tahun, telah padam dengan sendirinya di seluruh negara dan tidak dapat dihidupkan lagi.
🍃Air Tasik Sava di Parsi yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah. Tasik ini dianggap suci dan disembah dengan upacara korban dan sebagainya. Tasik itu kemudiannya telah dilupakan oleh penduduk setempat.

*Selepas Rasulullah S.A.W. dilahirkan*

🍃Kerap berlaku kejadian tahi bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.
🍃Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak.
🍃Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan kecil berada di atas kepala Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari.
🍃Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bekas air emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Sunday, December 23, 2018

Bagaimanakah Reaksi Nabi Saat Diludahi?



Ada seorang Yahudi yang suka meludahi dan melempar najis unta ke kepala Nabi Muhammad S.A.W. Namun, Nabi Muhammad S.A.W tak pernah membalas ataupun dendam padanya. Malahan pada saat orang Yahudi itu sakit, Hanya Nabi Muhammad S.A.W saja yang datang dan yang pertama menjenguknya. Orang Yahudi itu kagum dengan budi pekerti nabi yang mulia. Ia yang berkali-kali meludahi dan menyakiti sang nabi, malah menjenguknya. Padahal Abu Jahal dan teman-temannya tak ada seorang pun yang mahu menjenguknya.

Tahukah kamu?
Sejak bayi, tanda-tanda kenabian telah nampak pada diri Nabi Muhammad S.A.W. Pada usia 5 bulan Nabi Muhammad S.A.W sudah boleh berjalan. Bahkan pada usia 9 bulan Nabi Muhammad S.A.W sudah pandai berbicara. Pada uaia 2 tahun, Nabi Muhammad S.A.W sudah boleh menggembala kambing bersama anak-anak lain. Setelah mengerjakan haji wada atau haji terakhir, baginda diserang sakit kepala dan demam. Baginda wafat di atas pangkuan Aisyah, Isterinya. Baginda wafat pada Isnin 8 Jun 632 M pada usia 63 tahun. Sebelum wafat Nabi Muhammad S.A.W sempat membisikkan sesuatu pada puterinya, Fatimah. Bahawa usia baginda tidak akan lama lagi dan yang pertama yang akan dijumpai Muhammad di Syurga adalah Fatimah.

Tuesday, December 11, 2018

Dimanakah kita di antara dua golongan ini?


Image result for syafaat rasulullah 

Golongan yang Akan Mendapat Syafaat Rasulullah

  • Pemimpin yang adil
  • Pemuda yang istiqamah dalam melakukan ibadah
  • Hamba Allah yang hatinya senang berada di dalam masjid
  • Orang yang bersedekah yang mana tangan kanannya memberi tetapi tangan kirinya tidak tahu (ikhlas)
  • Orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah 
  • Orang yang beriman kepada Allah & Rasul
  • Orang yang sentiasa ingat kepada Allah



Golongan yang Tidak Akan Mendapat Syafaat Rasulullah 

  • Orang-orang kafir
  • Golongan murtad
  • Orang musyrik
  • Golongan orang pemakan riba
  • Golongan yang menentang Allah & Rasul
  • Golongan orang munafik
  • Orang-orang zalim

Image result for syafaat rasulullah

Cintakah kita kepada Rasulullah SAW?


Related image

#1 Jika cinta Baginda,
Hadamlah sirahnya. Kata orang, tak kenal, maka tak cinta.
Maka, kenalilah Baginda melalui sirah perjalanan hayatnya.
Bukan sekadar baca untuk jawab periksa. Tidak juga semata lulus temuduga kerjaya. Habis periksa, semua lupa. Selesai temu duga, otak kosong belaka.
Fahami, biar sampai mendarah daging. Hayati biar meresap sampai ke urat nadi.

#2 Jika cinta Baginda,
Jangan biarkan sehari berlalu tanpa membaca Al-Quran.
24 jam itu terlalu lama untuk dibiarkan terbazir tanpa sepatah kalimah pun daripada firman Tuhan.
Menjadi Al-Quran berjalan seperti Baginda Rasulullah itu mungkin terlalu mustahil bagi kita. Berakhlak Al-Quran seperti Rasulullah SAW itu mungkin terlalu berat bagi kita.
Namun, amat mustahil lembaran mushaf Al-Karim itu terlalu berat untuk disentuh dan dibelek.
Ringankanlah sepasang tanganmu untuk mencapai mushaf yang terbiar di rak.
Sempatkanlah lisanmu membaca, bukakanlah mata hatimu untuk mentadabbur walau sehelai dalam sela-sela ruang masa yang terbatas dengan kesibukan rutin harian.

#3 Jika cinta Baginda,
Berselawatlah. Sedangkan Allah SWT, Pemilik Sekalian Alam dan para malaikat yang suci turut berselawat ke atas Baginda.
Alangkah malunya kita sebagai hamba yang tak punya apa-apa, tapi masih kedekut berselawat, dalam masa yang sama mengharap pula syafaat Baginda di hari kiamat.
Berselawatlah, selain dalam doa dan solat.
Berselawatlah, setiap hari, bukan hanya pada Maulidur Rasul sahaja. Jika Maulidur Rasul ini pemulanya, maka jadikanlah hari-hari selepasnya terisi dengan selawat ke atas Baginda SAW.
Jika rasa berat untuk berselawat, kenanglah Rasulullah yang setiap saat ingat dan sayang umat.
Apa sangatlah beratnya selawat, jika dibandingkan berat lagi getir jihad yang dipikul seorang Nabi Muhammad SAW.
Jika rasa culas untuk berselawat, kenanglah pula betapa pemurahnya Allah SWT.
Sekali kita berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW, 10 kali Allah hadiahkan selawat buat kita.
Ibarat beli 1, percuma 10. Siapa nak hadiahkan kalau bukan Allah dan kalau bukan dengan selawat ke atas Kekasih Allah?
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam ke atasnya.” (Surah Al-Ahzab 33:56)

#4 Jika cinta Baginda,
Janganlah berdusta atas nama Baginda. Menyebarkan ilmu, apatah lagi hadis-hadis Rasulullah SAW memang satu usaha yang sangat murni.
Terkadang mungkin kita teruja untuk menyebar hadis-hadis nubuwwah tapi terlupa menyelidik kesahihannya terlebih dahulu.
Mungkin juga kerana terkesan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat.”
Tetapi, hadis itu tak terhenti setakat itu, malah ia datang bersama amaran.
“Ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa rasa takut. Barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja, maka bersiaplah dia menempah tempat duduknya di neraka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Perhatikan, ini bukan gurauan apa lagi cubaan. Ini amaran keras buat sesiapa pun – tak kira seorang ustaz, atau seorang profesor, hatta seorang pemimpin ternama sekalipun.
Mengadakan pembohongan atas nama Rasulullah dengan SENGAJA, yakni menyebar tularkan hadis yang tiada bukti thabit daripada Rasulullah SAW – secara automatiknya satu hot seat ditempah di neraka.
Amarannya keras, kerana implikasinya sangat dahsyat. Menyebar hadis palsu bukan sahaja satu pengkhianatan ke atas ilmu, bahkan berdusta atas nama Rasulullah, tidak sama seperti berbohong ke atas manusia biasa.
Maka kita wajib berwaspada sebelum menularkan sesebuah hadis, serahkan kepada ahlinya jika musykil.
Andainya kita pernah menyebarkan tanpa sengaja, maka taubat jalan sebaiknya. Tarik balik apa yang telah disampaikan.
Moga menjadi pengajaran, jika benar mencintai Baginda – bantulah untuk sebarkan kebenaran, bukan kepalsuan yang mengelirukan.

#5 Jika Cinta Baginda,
Teruskan usaha dakwah Rasulullah. Berdakwah dengan kesenian, bukan kebencian.
Seni itu sesuatu yang indah dan kreatif. Dakwah pula perlukan kekreatifan dalam penyampaian.
Dakwah ada banyak kaedah, untuk pelbagai situasi dan golongan sasaran yang berbeza. Biar dalam dakwah, masyarakat awam melihat keindahan dalam Islam.
Jika salah cara penyampaian atau tidak menepati keadaan, mesej dakwah dikhuatiri tidak sampai ke sasaran.
Jika disampaikan dengan keras dan penuh paksaan, Islam bakal dipandang penuh kebencian.
Paling penting, utamakan akhlak sebelum berdakwah. Belajar melangit tinggi pun tiada erti, jika peribadi menjengkelkan hati.
Akhlak yang terjaga menjadikan diri mudah didekati dan disenangi, justeru dakwah lebih mudah terkesan di hati.
“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik.” (Surah An-Nahl 16:125)

#6 Jika cinta Baginda,
Peliharalah keaslian sunnahnya. Daripada sekecil-kecil rutin harian hingga sebesar-besar urusan pentadbiran negara.
Daripada bab akhlak sehingga bab siasah. Daripada bab menjaga keharmonian hubungan kekeluargaan sehingga hubungan diplomatik.
Ikutlah Baginda, kerana pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan tersendiri.
“Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” (Surah Ali Imran 3:31)
Jika cinta Baginda,
Jangan hanya tahu berkata,
Apa guna ilmu penuh di dada,
Andai tiada sumbangan buat agama tercinta

Image result for cinta rasulullah

PROGRAM MAULIDUR RASUL

8 Disember 2018



Assalamualaikum, alhamdulillah pada 8 Disember 2018 bersamaan hari sabtu Program Malidur Rasul telah diadakan di Surau As-Sufi Kolej Matrikulasi Selangor. Sambutan ini bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W tidaklah terhad pada hari tertentu ataupun acara tertentu sahaja, Ia sepatutnya disegarkan dalam ingatan dalam ingatan Muslim sepanjang masa. Ini kerana baginda adalah Rasul terakhir yang diutus Allah S.W.T yang membawa syariat untuk panduan umat manusia.


Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
" Bilamana Allah memilih Rasulullah sebaai Insan yang paling dicintai, maka... tidak ada sesuatu yang lain yang layak kita cintai melainkan Rasulullah"



Saturday, December 8, 2018

CARWASH AMAL

8 Disember 2018

Assalamualaikum, Carwash Amal diadakan pada 8 Disember 2018 di Perkarangan Surau As-Sufi pada jam 9:00 pagi - 12:00 tengahari. Aktiviti ini dikendalikan oleh Lajnah Sukan & Rekreasi dan terbuka kepada semua warga KMS. Hasil kutipan daripada aktiviti ini akan diberikan kepada pelajar yang memerlukan (Asnaf) serta sebahagiannya untuk dana lajnah.



KELAS TAHSIN AL-QURAN


4 Disember 2018

Assalamualaikum, Kelas Tahsin Al-Quran diadakan pada 27 Disember 2018 yang dikendalikan oleh Lajnah Usrah. Kelas Tahsin merupakan aktiviti mingguan yang dijalankan oleh Lajnah Usrah pada setiap hari selasa jam 5:00 petang - 6:30 petang dibawah didikan Ustazah Mahani. Disini kami sertakan gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan.







IFTAR JAMAIE

22 November 2018

Assalamualaikum, Iftar Jamaie diadakan pada 22 November 2018 yang dikendalikan oleh Lajnah Surau. Dibawah kami sertakan gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan.






DISKUSI BEDAH BUKU - RAHSIA SURAH AL-KAHFI

20 Disember 2018



Assalamualaikum, Program Diskusi Bedah Buku - Surah Al-Kahfi telah diadakan pada 20 Disember 2018 yang dikendalikan oleh Lajnah Surau. Dibawah kami sertakan gambar sepanjang program berlangsung.



Pendaftaran muslimin


Pendaftaran muslimat


Ustaz Hj Abdul Fatah Bin Hj Zakaria


Kumpulan Qasidah daripada Kelab Amal Islami (ASSAF)


Sesi Soal Jawab


Suasana sepanjang program



Tuesday, December 4, 2018


*Sunnah Rasulullah*

Dari Ibnu Abbas ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika berlakunya pelbagai kerosakan pada umatku (akhir zaman), maka baginya pahala 100 orang mati syahid." 
(Riwayat Baihaqi) 


*Sunnah Rasulullah SAW – Tidur*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan orang lain dan halalkan hutang-piutang.
3. Mengibaskan tempat tidur.
4. Tidur mengiring sebelah kanan dan kepala menghadap kiblat.
5. Membaca doa tidur.
6. Jika mimpi baik, bangun dan berdoa serta bersyukur.
7. Jika mimpi buruk, bangun buat  isyarat ludah ke kiri dan berdoa agar dijauhkan.
8. Bangun tidur baca doa atau ucapkan syukur.
9. Mengemas tempat tidur.
10. Membersihkan diri setelah bangun tidur.


*Sunnah Rasulullah SAW – Masuk dan Keluar Tandas*
1. Membaca doa masuk dan keluar dari tandas.
2. Masuk tandas dengan menggunakan kaki kiri dan keluar dari tandas dengan kaki kanan.
3. Tutup kepala apabila masuk ke tandas.
4. Masuk tandas pakai alas kaki/selipar.
5. Buang air dengan cara duduk/mencangkung.
6. Tidak berlama-lama dalam tandas.
7. Tidak makan atau minum dalam tandas.

*Sunnah Rasulullah SAW – Memakai Pakaian*
1. Baca bismillah sebelum memakai baju atau membaca doa ringkas; “Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari pakaian ini.” 
2. Mulakan dengan sebelah kanan.
3. Tidak memakai pakaian dengan tujuan untuk riak atau menunjuk-nunjuk.
4. Tidak memakai pakaian yang menyerupai simbol agama lain.

*Sunnah Rasulullah SAW – Memasak*
1. Menutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau mengacau makanan bermula dari kanan ke kiri.
3. Jangan membuka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika mengambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkanlah untuk berzikir dan menyebut kebesaran Allah (amat baik untuk para ibu/bapa yang ingin membentuk anak-anak)

*Sunnah Rasulullah SAW – Makan dan Minum*
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Sebelum makan dan minum, jangan lupa membaca doa.
3. Makan dan minum dengan tangan kanan.
4. Hendaklah duduk.
5. Makan buah terlebih dahulu, kemudian baru makan nasi/makanan berat.
6. Makan secara berjemaah (beramai-ramai) kerana ianya lebih berkat.
7. Ambil makanan yang lebih hampir dengan kita dan tidak mencapai makanan yang jauh.
8. Mengambil pemakanan sunnah seperti madu, susu, barli, kurma, delima, buah tin, tembikai dan lain-lain.
9. Makan bermula dari bahagian tepi kemudian tengah.
10. Menghisap jari selepas makan (sunnah 3 jari)
11. Membaca bismillah dan alhamdulillah setiap kali menyedut minuman.
12. Tidak menggunkan cawan atau bekas makanan yang sudah pecah.
13. Tidak meniup air yang panas untuk disejukkan.
14. Tidak meminum air dalam bekas yang besar seperti jag air atau botol yang besar.


*Sunnah Rasulullah SAW – Solat*
1. Datang awal ke masjid (sebaiknya sebelum azan dilaungkan).
2. Berjalan kaki ke masjid kerana setiap langkah tersebut dikira ibadah.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa sebelum masuk dan keluar dari masjid.
5. Masuk ke masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
6. Masuk masjid, niat untuk beriktikaf (semua perkara yang dibuat untuk masjid dikira ibadah)

*Sunnah Rasulullah SAW – Memasuki Rumah, Bangunan atau Premis*
1. Memakai selipar, kasut atau apa jua alas kaki dengan kaki kanan dan melepaskannya bermula dengan kaki kiri.
2. Mengucapkan salam 3 kali apabila berkunjung ke rumah atau tempat orang. Selepas 3 kali jika tiada yang menyahut, lebih baik pulang.

*Sunnah Rasulullah SAW – Marah*
1. Apabila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, apabila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah tersebut hilang.
2. Apabila marah, ambillah wuduk.

*Sunnah Rasulullah SAW – Hari Jumaat*
1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkan doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk solat Jumaat.
5. Memakai wangi-wangian.

Selamat beramal




BIOGRAFI RASULULLAH S.A.W



Image result for maulidur rasul



Nama : Muhammad Bin Abdullah
Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Murrah
Ibu : Aminah binti Wahab bin Abd. Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Nenek sebelah bapa : Fatimah binti Umar Al-Makhzumiyah
Nenek sebelah ibu : Burrah binti Abd Uzzah bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah
Tarikh Lahir : Isnin, sebelum terbit matahari, 12 Rabiulawal tahun sebelum Hijrah/570 Masihi
Tempat Lahir : Makkah Al-Mukaramah berhampiran Bukit Sofa ( Rumah Abu Talib ) ( Tempat  tersebut telah dibangunkan sebagai perpustakaan Makkah dan masih wujud sehingga sekarang)
Tempat diangkat menjadi nabi  : 27 Ramadan tahun ke-13 sebelum Hijrah/609 Masihi,Hira’,Makkah Al-Mikarramah
Agama : Penghulu agama Islam
Pekerjaan : 1. Pengembala kambing 
                                           2. Berniaga (Sehingga umur 40 tahun)
                                                     3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi/Rasul
Tanda istimewa : Cop kenabiaan di antara dua bahu yang sentiasa dinaungi oleh bayangan awan ke mana sahaja baginda pergi
Sifat-sifat : Wajah : Putih bersih berseri atau bercahaya
Mata : Hitam
 Rambut : Hitam
       Ketinggian : Sederhana dan dada bidang
Nama bidan : Shifa’ binti Auf (Ummu Abd. Rahman)
Nama penjaga : Ummu Ainan
Nama penyusu : 1. Tsuwaibah al-Aslamiyah
                                         2. Halimah binti Dzuaib as-S’diyah
Keistimewaan : Rahmat sekalian alam
Tarikh wafat : Isnin, sebelum tengahari, 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah/632 Masihi di Madinah