*Sunnah Rasulullah*
Dari Ibnu Abbas ra.
bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku,
ketika berlakunya pelbagai kerosakan pada umatku (akhir zaman), maka baginya
pahala 100 orang mati syahid."
(Riwayat
Baihaqi)
*Sunnah Rasulullah SAW – Tidur*
1. Sebelum tidur ambil
wuduk.
2. Maafkan semua
kesalahan orang lain dan halalkan hutang-piutang.
3. Mengibaskan tempat
tidur.
4. Tidur mengiring
sebelah kanan dan kepala menghadap kiblat.
5. Membaca doa tidur.
6. Jika mimpi baik,
bangun dan berdoa serta bersyukur.
7. Jika mimpi buruk,
bangun buat isyarat ludah ke kiri dan berdoa agar dijauhkan.
8. Bangun tidur baca
doa atau ucapkan syukur.
9. Mengemas tempat
tidur.
10. Membersihkan diri
setelah bangun tidur.
*Sunnah Rasulullah SAW – Masuk dan Keluar Tandas*
1. Membaca doa masuk
dan keluar dari tandas.
2. Masuk tandas dengan
menggunakan kaki kiri dan keluar dari tandas dengan kaki kanan.
3. Tutup kepala
apabila masuk ke tandas.
4. Masuk tandas pakai
alas kaki/selipar.
5. Buang air dengan
cara duduk/mencangkung.
6. Tidak berlama-lama
dalam tandas.
7. Tidak makan atau
minum dalam tandas.
*Sunnah Rasulullah SAW – Memakai Pakaian*
1. Baca bismillah
sebelum memakai baju atau membaca doa ringkas; “Ya Allah, aku memohon dari
engkau kebaikan dari pakaian ini.”
2. Mulakan dengan
sebelah kanan.
3. Tidak memakai
pakaian dengan tujuan untuk riak atau menunjuk-nunjuk.
4. Tidak memakai
pakaian yang menyerupai simbol agama lain.
*Sunnah Rasulullah SAW – Memasak*
1. Menutup aurat
ketika memasak.
2. Adun atau mengacau
makanan bermula dari kanan ke kiri.
3. Jangan membuka
keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika mengambil nasi atau air.
4. Ketika sedang
memasak, perbanyakkanlah untuk berzikir dan menyebut kebesaran Allah (amat baik
untuk para ibu/bapa yang ingin membentuk anak-anak)
*Sunnah Rasulullah SAW – Makan dan Minum*
1. Basuh tangan
sebelum makan.
2. Sebelum makan dan
minum, jangan lupa membaca doa.
3. Makan dan minum
dengan tangan kanan.
4. Hendaklah duduk.
5. Makan buah terlebih
dahulu, kemudian baru makan nasi/makanan berat.
6. Makan secara
berjemaah (beramai-ramai) kerana ianya lebih berkat.
7. Ambil makanan yang
lebih hampir dengan kita dan tidak mencapai makanan yang jauh.
8. Mengambil pemakanan
sunnah seperti madu, susu, barli, kurma, delima, buah tin, tembikai dan
lain-lain.
9. Makan bermula dari
bahagian tepi kemudian tengah.
10. Menghisap jari
selepas makan (sunnah 3 jari)
11. Membaca bismillah
dan alhamdulillah setiap kali menyedut minuman.
12. Tidak menggunkan
cawan atau bekas makanan yang sudah pecah.
13. Tidak meniup air
yang panas untuk disejukkan.
14. Tidak meminum air
dalam bekas yang besar seperti jag air atau botol yang besar.
*Sunnah Rasulullah SAW – Solat*
1. Datang awal ke
masjid (sebaiknya sebelum azan dilaungkan).
2. Berjalan kaki ke
masjid kerana setiap langkah tersebut dikira ibadah.
3. Berwuduk dari
rumah.
4. Baca doa sebelum
masuk dan keluar dari masjid.
5. Masuk ke masjid
dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
6. Masuk masjid, niat
untuk beriktikaf (semua perkara yang dibuat untuk masjid dikira ibadah)
*Sunnah Rasulullah SAW – Memasuki Rumah, Bangunan atau Premis*
1. Memakai selipar,
kasut atau apa jua alas kaki dengan kaki kanan dan melepaskannya bermula dengan
kaki kiri.
2. Mengucapkan salam 3
kali apabila berkunjung ke rumah atau tempat orang. Selepas 3 kali jika tiada
yang menyahut, lebih baik pulang.
*Sunnah Rasulullah SAW – Marah*
1. Apabila marah dalam
keadaan berdiri hendaklah duduk, apabila marah dalam keadaan duduk hendaklah
berbaring hingga marah tersebut hilang.
2. Apabila marah,
ambillah wuduk.
*Sunnah Rasulullah SAW – Hari Jumaat*
1. Memotong kuku pada
hari Jumaat.
2. Memperbanyakkan doa
antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian
terbaik untuk solat Jumaat.
5. Memakai
wangi-wangian.
Selamat beramal
No comments:
Post a Comment