Ada seorang
Yahudi yang suka meludahi dan melempar najis unta ke kepala Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, Nabi Muhammad S.A.W tak pernah membalas ataupun dendam padanya. Malahan
pada saat orang Yahudi itu sakit, Hanya Nabi Muhammad S.A.W saja yang datang
dan yang pertama menjenguknya. Orang Yahudi itu kagum dengan budi pekerti nabi
yang mulia. Ia yang berkali-kali meludahi dan menyakiti sang nabi, malah
menjenguknya. Padahal Abu Jahal dan teman-temannya tak ada seorang pun yang
mahu menjenguknya.
Tahukah kamu?
Sejak bayi,
tanda-tanda kenabian telah nampak pada diri Nabi Muhammad S.A.W. Pada usia 5
bulan Nabi Muhammad S.A.W sudah boleh berjalan. Bahkan pada usia 9 bulan Nabi Muhammad
S.A.W sudah pandai berbicara. Pada uaia 2 tahun, Nabi Muhammad S.A.W sudah
boleh menggembala kambing bersama anak-anak lain. Setelah mengerjakan haji wada
atau haji terakhir, baginda diserang sakit kepala dan demam. Baginda wafat di
atas pangkuan Aisyah, Isterinya. Baginda wafat pada Isnin 8 Jun 632 M pada usia
63 tahun. Sebelum wafat Nabi Muhammad S.A.W sempat membisikkan sesuatu pada
puterinya, Fatimah. Bahawa usia baginda tidak akan lama lagi dan yang pertama
yang akan dijumpai Muhammad di Syurga adalah Fatimah.
No comments:
Post a Comment